Jika diberi pilihan, pastinya semua orang pun ingin menjadi kaya seperti menjadi jutawan. Ini adalah lumrah kita sebagai manusia, kerana kekayaan akan memberikan kita banyak pilihan dan peluang. Terdapat banyak cara untuk kita membina kekayaan dengan konsisten. Artikel ini membincangkan kaedah-kaedah yang boleh anda praktikkan untuk menjana pendapatan tambahan, termasuklah melalui pelaburan saham. Kaedah yang sama ini juga diketengahkan melalui salah satu laman web pendidikan kewangan yang berguna, iaitu Bijak Labur.
Makan Gaji
Makan gaji atau bekerja dengan orang adalah cara yang paling mudah untuk dimulakan. Tidak kiralah apa latar belakang anda, dengan adanya skil yang bersesuaian dan latar belakang pendidikan yang betul, peluang akan sentiasa terbuka. Cuma, pasti ada bezanya di antara kerja yang menjanjikan bayaran gaji yang lumayan, dan kerja yang membuatkan kita cukup-cukup makan.
Semakin rumit masalah yang anda mampu selesaikan untuk majikan, makin tinggi bayaran yang anda akan dapat. Inilah “rule of thumb” sesebuah pekerjaan.

Namun begitu, menjana pendapatkan melalui pekerjaan adalah salah satu kaedah pendapatan aktif. Ini bermakna pendapatan anda akan berhenti jika anda berhenti bekerja. Selain itu juga, pendapatan anda adalah terhad, kerana jumalah yang diperolehi akan ditetapkan oleh majikan.
Berniaga
Jika anda memilih untuk membina kekayaan melalui perniagaan, pastinya ia tidak akan mengehadkan potensi pulangan anda. Jika anda mempunyai produk atau servis yang sesuai, dipasarkan secara strategik, di samping penentuan harga yang kompetitif, anda pasti akan mendapat pulangan yang baik.
Tetapi hakikatnya, perniagaan bukanlah untuk semua orang. Hal ini kerana ia memerlukan modal untuk bermula. Di samping itu, risikonya juga tinggi, dan kerana inilah anda disarankan untuk mempunyai simpanan sekurang-kurangnya 2 tahun (24 bulan simpanan perbelanjaan) beserta modal jika anda ingin berhenti makan gaji dan mula berniaga sendiri. Selain itu juga, risikonya adalah tinggi terutamanya jika anda tidak mempunyai ilmu tentang pengurusan perniagaan yang baik.
Lagi satu perkara tentang perniagaan adalah ia boleh menjadi sumber pendapatan aktif mahupun pasif, bergantung kepada kebolehan anda untuk mengendalikan sesebuah perniagaan tersebut. Jika anda berjaya mengambil pekerja yang mahir di samping meletakkan sistem operasi yang efektif, barulah anda akan boleh menjadi seorang “business owner” dan bukan lagi “operator”.
Labur Saham Syariah
Di samping makan gaji dan berniaga, sebenarnya ada lagi satu kaedah menjana pendapatan yang boleh membantu anda membina kekayaan dengan konsisten. Ini adalah pelaburan, seperti pelaburan saham dan hartanah. Memandangkan pelaburan hartanah juga memerlukan modal yang tinggi (terutamanya sebagai bayaran deposit), anda mungkin berminat untuk mula melabur saham secara pasif.
Di pasaran saham Malaysia, anda boleh bermula dengan modal serendah RM100. Contohnya jika saham yang ingin dilabur berharga RM1 sesaham, anda cuma perlu mula membeli 1 lot minima. Kemudian, apa yang perlu dilakukan adalah untuk menambah modal sepertimana anda menambahkan jumlah simpanan anda.
Apa yang lagi menarik, anda boleh mula labur saham syariah meskipun anda sedang makan gaji atau berniaga. Hal ini kerana pelaburan saham ini boleh menjadi satu kaedah pelaburan yang pasif dan tidak memerlukan komitmen masa yang banyak. Yang penting adalah ilmu. Jika anda berminat untuk mengetahui cara untuk bermain saham dengan selamat, anda boleh sertai kelas saham yang dianjurkan organisasi yang “established” seperti VI College. Nak daftar kelas percuma? Layari laman web https://bijaklabur.com/.
Bina Kekayaan Anda Sekarang
Kesimpulannya, banyak cara untuk anda membina kekayaan, iaitu melalui pendapatan aktif mahupun pasif. Yang penting, pastikan anda berilmu sebelum berniaga mahupun melabur. Sekian untuk artikel kali ini.